Empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di wilayah Attapeu, selatan Laos runtuh pada pukul 8 malam Isnin lalu, mengakibatkan 6 orang maut dan lebih seratus orang hilang, selain 7,723 lagi kehilangan tempat tinggal.
Menurut naib ketua markas insiden empangan runtuh, Minaphone Saysomphou, enam mayat telah ditemui setakat ini, maka angka kematian disahkan enam.
Beliau berkata, kumpulan penyelamat dari China, Vietnam, Thailand, Korea Selatan telah berkejar ke kawasan insiden untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dilaporkan lagi, pasukan penyelamat "Blue Sky" dari China berjaya menyelamatkan 9 orang mangsa yang terperangkap dalam banjir, antaranya 3 orang mangsa cedera telah dihantar ke pasukan perubatan China untuk dirawat.