8 Maut Insiden Empangan Runtuh di Laos

2018-07-29 14:46:42  CRI
Share with:

Naib Ketua Turus Agung Tentera Rakyat Laos, Khamliang Outhakaisone menyatakan semalam, setakat malam 28 Julai lalu, pasukan pencari dan penyelamat telah menemui 8 mayat mangsa, selain 123 orang masih hilang.

Empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di wilayah Attapeu, selatan Laos runtuh pada pukul 8 malam Isnin lalu. Air membanjiri pelbagai kampung di sekitar empangan dan mengakibatkan kerugian besar. 

Setakat ini sejumlah 7,324 mangsa telah dipindahkan ke tempat selamat.

胡星