Gempa Bumi di Lombok, 3 Maut

2018-07-29 14:03:57  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter mengguncang pulau Lombok, Indonesia pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) mengesahkan bahawa tiga orang maut dan belasan bangunan rosak.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.47 pagi waktu tempatan berpusat di kawasan darat di utara pulau Lombok, pada kedalaman 10 kilometer.

Gempa susulan berkalu beberapa kali, namun tidak berpotensi tsunami. Penduduk sedang berundur keluar dari kawasan terbabit.

覃淼