Angka Korban Empangan Runtuh Naik

2018-07-30 13:23:09  CRI
Share with:

Mayat seorang lagi mangsa insiden empangan runtuh di  wilayah Attapeu, selatan Laos dijumpai semalam, menjadikan angka korban naik kepada sembilan. 122 lagi dilaporkan masih hilang.

Timbalan ketua operasi menyelamat, Minaphone Saisomphu dalam taklimat malam semalam memaklumkan lebih 13 ribu penduduk dari 13 kampung di daerah Sanamxay terjejas. Enam kampung paling teruk. Misi menyelamat turut dibantu pasukan dari China dan Thailand serta sukarelawan doktor dan jururawat.

Setakat ini, kutipan derma berupa wang dan barang bantuan mencatat 33.7 bilion kip, bersamaan kira-kira 16.2 juta ringgit.

张弘