Letupan Bom Kereta di Filipina, 6 Maut

2018-07-31 16:02:03  CRI
Share with:
Satu letupan bom kereta berlaku di sebuah pos pemeriksaan keselamatan di bandar Lamitan, selatan Filipina awal pagi tadi, mengakibatkan enam maut.
  
Menurut sumber, tentera kerajaan yang bertugas di Lamitan menemui sebuah van putih  yang mencurigakan, lalu menahan kenderaan itu di pos pemeriksaan keselamatan.  

Semasa diperiksa, van itu tiba-tiba meletup, mengakibatkan enam terbunuh termasuk lima askar, sementara dua lagi askar cedera.
张薇