
Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong asing yang melawat Angkor Wat, Kemboja melebihi 1.54 juta, meningkat 8.97% berbanding tempoh sama tahun lepas.
Hasil kutipan tiket turut meningkat 15.36% kepada USD69.66 juta (RM283 juta).
Kenaikan harga tiket Angkor Wat sejak Februari tahun lalu tidak menghalang kedatangan pelancong.
Menurut jabatan pelancongan Kemboja, lebih 3 juta pelancong asing melawat negara itu dalam setengah pertama tahun ini, meningkat hampir 13%, dijangka membolehkan sasaran lebih 6.2 juta pelancong asing sepanjang tahun ini dicapai.