Pusat Pemulihan Dadah Mindanao Utara Dilancar

2018-08-04 15:49:55  CRI
Share with:

Majlis penyerahan dan pelancaran Pusat Pemulihan Penagih Dadah Mindanao Utara, Filipina diadakan semalam.

Majlis dihadiri Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Menteri Penasihat Kedutaan Besar China di Filipina, Tan Jingsheng, pengasas Yayasan Persahabatan Filipina(FPF), Jose Koh serta ratusan wartawan tempatan dan asing.

Dalam sidang media yang diadakan sebelum majlis itu, jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan kerajaan China terhadap usaha membanteras dadah di Filipina. 

Kata jurucakap itu, di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte dan Presiden Xi Jinping, hubungan antara Filipina dengan China kini berada pada tahap paling baik dalam sejarah, dan diyakini akan terus berkembang maju.

Pusat pemulihan dadah tersebut dibina melalui bantuan pihak China, dengan sumbangan daripada FPF dan Syarikat UAA KinMing Filipina. Pusat itu boleh menerima pesakit berjumlah 600 hingga 800 orang pada waktu yang sama.

张哲