Angka Korban Empangan Runtuh Naik kepada 30

2018-08-05 14:33:07  CRI
Share with:

Mayat empat lagi mangsa insiden empangan runtuh di wilayah Attapeu, selatan Laos dijumpai semalam, menjadikan angka korban naik kepada 30. Kira-kira 100 lagi dilaporkan masih hilang.

Ketua pasukan penyelamat pihak tentera Laos, Phalom Linthong dalam satu taklimat berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. Bagaimanapun, kekurangan kemudahan moden menyukarkan operasi tersebut.

Timbalan Gabenor Attapeu, Ounla Xayasith memaklumkan pasukan dari Singapura yang membawa kemudahan moden akan tiba di kawasan bencana untuk membantu operasi SAR.

Syarikat Landasan Kereta Api Laos-China semalam memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar kumpulan pakar teknikal ke kawasan bencana untuk mengkaji pembinaan semula jalan raya dan jambatan yang telah rosak.

Syarikat itu akan mencurahkan sepenuh tenaga untuk membantu rakyat Laos memulihkan aktiviti pengeluaran dan kehidupan.

 

张弘