Kerja-kerja persiapan bagi Sukan Asia ke-18 di Jakarta, Indonesia memasuki fasa "pecutan akhir", dua minggu sebelum dirasmikan.
Di Stadium Gelora Bung Karno, tapak majlis perasmian dan penutupan serta pertandingan utama, kerja terakhir sibuk dijalankan termasuk menghias stadium.
Stadium berkapasiti hampir 80 ribu itu, yang dibaikpulih dengan sokongan dana kerajaan, sekali lagi menjadi gelanggang utama Sukan Asia selepas 1962.
Dimaklumkan, kerajaan Indonesia telah memperuntukkan USD3.2 bilion (RM13 bilion) bagi persiapan Sukan Asia, USD2.4 bilion (RM9.8 bilion) daripadanya untuk infrastruktur.
Lebih 15,000 atlet dan wakil serta 5,000 anggota media dari 45 negara dijangka menyertai temasya itu.
Polis Indonesia akan mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang tempoh Sukan Asia dengan kerjasama polis tentera.