Ketua jemaah haji China, Ma Zhongping dan pegawai yang lain dari Persatuan Islam China menziarahi balai polis Mekah pada pagi 8 Ogos lalu untuk membincangkan penjagaan keselamatan para bakal haji China yang berada di Mekah pada masa sekarang.
Persatuan Islam China mengucapkan terima kasih kepada polis di Mekah yang sentiasa komited menjaga keselamatan umat Islam yang menunaikan fardu haji.
Pegawai polis Mekah pula berkata, hubungan persahabatan antara rakyat Arab Saudi dengan China terjalin sejak sekian lama. Pihaknya akan memperkasakan komunikasi dengan jemaah haji China dan membantu para bakal haji menangani masalah.