Masjid Xiangfang Utamakan Perkhidmatan Kebudayaan Awam

2018-08-09 17:16:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_51

Masjid Xiangfang di Harbin provinsi Heilongjiang, China sudah berusia lebih 110 tahun dan boleh menampung lebih seribu orang umat Islam solat pada satu masa. Ketika hari Jumaat, kira-kira 400 orang umat Islam beribadat di masjid itu. 

图片默认标题_fororder_52

Masjid Xiangfang memberikan perhatian yang tinggi tentang pembinaan kemudahan kebudayaan awam dan menjayakan bidang itu melalui tiga kaedah iaitu kursus, perpustakaan dan pertukaran kebudayaan.

图片默认标题_fororder_54

Tiga perpustakaan yang mempunyai simpanan lebih 20 ribu jilid buku tentang agama telah dibuka kepada awam. Masjid ini menjadi masjid yang mempunyai buku paling banyak dalam masjid-masjid yang besarnya hampir sama di China.

图片默认标题_fororder_53

徐国玮