Dompet elektronik yang dilancarkan bersama oleh Touch'n Go (TnG), pembekal perkhidmatan e-bayar utama Malaysia dan Ant Financial kelolaan kumpulan Alibaba China pada Mei lalu, telah banyak memudahkan pengguna Malaysia.
Produk itu bukan sahaja membolehkan pengguna menambah nilai telefon, membayar bil elektrik dan air serta membuat pindahan wang dan membeli tiket penerbangan, malah membayar tambang subway dan membeli kopi dengan mengimbas kod QR, sebagaimana yang menjadi kebiasaan di China.
TnG dan Ant Financial akan terus menaiktarafkan kualiti perkhidmatan supaya menarik lebih ramai pelanggan.