Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.0 yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 5 Ogos meningkat kepada 259.
Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan setakat petang semalam, gegaran telah memaksa lebih 270 ribu penduduk berpindah selepas lebih 80 ribu rumah dan bangunan awam rosak. 1,033 yang cedera parah sedang dirawat di hospital.
Satu lagi gegaran susulan berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di Lombok petang semalam.
Maklum BNPB, dua maut dan 24 lagi cedera dalam gegaran terbaru yang turut merosakkan banyak bangunan.