Myanmar dan Bangladesh telah mencapai lapan kata sepakat berhubung penghantaran pulang pelarian Rohingya.
Lapan kata sepakat itu termasuk mengawalkan penghantaran pulang orang Rohingya di kem pelarian di selatan Bangladesh, serta meningkatkan kerjasama dalam usaha membanteras penyeludupan dadah dan keganasan.
Susulan serangan keganasan yang berlaku di negeri Rakhine pada 25 Ogos tahun lalu, sejumlah besar penduduk Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh.
Hasil rundingan kerajaan kedua-dua negara, satu perjanjian mengenai penghantaran pulang pelarian berkenaan dimeterai pada November tahun sama.