Angka Kematian Gempa Lombok Meningkat kepada 321

2018-08-11 13:35:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123253672_15338982281761n


Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.0 yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 5 Ogos meningkat kepada 321.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan kaunti Lombok Utara paling teruk terjejas, dengan 273 terkorban.

Gambar satelit menunjukkan 75% rumah di kaunti itu telah rosak, dan dijangka ramai lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.


Menurut jangkaan BNPB, gegaran susulan ini serta yang berukuran 6.4 pada skala Richter pada 29 Julai telah mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak 2 trilion rupiah.

BNPB telah mengerahkan tiga helikopter untuk menghantar barangan keperluan harian kepada mangsa di kawasan bencana bermula kelmarin.

 

图片默认标题_fororder_1123253672_15338982282381n

曹捷