Jemaah haji China 2018 mengadakan sidang kerja kali pertama di Mekah pada pagi 9 Ogos yang lalu. Sidang itu menyimpulkan kerja menyambut kedatangan para bakal haji dan mengaturkan kerja-kerja seterusnya. Lebih 200 orang termasuk ketua jemaah haji daerah dan pegawai Persatuan Islam China menyertai sidang kali ini.
Sidang ini telah mengaturkan kerja selanjutnya dalam enam bidang termasuk penjagaan keselamatan, hal ehwal agama, perubatan, logistik, penerangan dan pengurusan.