Pusat Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia semalam mengumumkan, bangkai pesawat kecil yang terhempas di daerah Oksibil, Papua telah ditemui.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun satu-satunya yang terselamat.
Mayat lapan lagi mangsa telah dibawa ke hospital untuk pengenalpastian identiti.
Pada petang Sabtu lalu, pesawat Pilatus milik syarikat Dimonim Air yang membawa tujuh penumpang dan dua anak kapal, terputus hubungan dengan pengawal trafik udara.
Bangkai pesawat itu ditemui di kawasan hutan tebal berhampiran lereng Pegunungan Bintang pagi semalam, selepas operasi SAR selama dua jam.
Papua mempunyai banyak gunung dan sering dilanda cuaca buruk. Nahas udara kerap berlaku di kawasan tersebut.