Angka Kematian Gempa Lombok 436

2018-08-14 13:06:41  CRI
Share with:

Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.0 yang melanda pulau Lombok, Indonesia pada 5 Ogos meningkat kepada 436.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan setakat 13 Ogos, 1,353 orang cedera, manakala 353 ribu terjejas akibat gempa bumi itu.

Dalam pada itu, kerugian harta benda mencatat 5.04 trilion rupiah, atau kira-kira 1.4 juta ringgit.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di kawasan bencana. Bekalan barang-barang keperluan harian seperti air minum, makanan, khemah dan selimut amat diperlukan.

覃淼