Indonesia Sasar 200 Ribu Pelancong Sepanjang Sukan Asia

2018-08-15 14:30:01  CRI
Share with:

Sukan Asia ke-18 akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September.

Untuk memanfaatkan keuntungan yang dapat dijana industri pelancongan tempatan melalui penganjuran Sukan Asia, Kementerian Pelancongan Indonesia telah melancarkan beberapa inisiatif sejak tahun lalu.

Dalam satu karnival di Palembang baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Arief Yahya berkata pihaknya telah memperkenalkan 75 pakej pelancongan, dengan menyasarkan seramai 150,000 hingga 200,000 pelancong sepanjang tempoh Sukan Asia.

75 pakej itu meliputi semua destinasi pelancongan utama Indonesia, termasuk Jakarta, Jawa Barat, Sumatera Selatan, Jawa Tengah, Yogyakarta, Banyuwangi dan Bali.

Seramai 10,000 atlet diiringi 5,000 pegawai dan jurulatih, serta 5,000 anggota media akan turut meramaikan temasya di Indonesia, secara keseluruhannya dijangka menjana pendapatan 3.6 trilion rupiah, iaitu lebih kurang 1 bilion ringgit.

Kata Arief, kebanyakan pelancong adalah dari China, Singapura, dan Malaysia. Kira-kira 20% menempah pakej pelancongan yang disediakan.

Jerayawara Sukan Asia 2018 telah diadakan di seberang laut, seperti aktiviti "Wonderful Indonesia", serta pesta makanan dan budaya di beberapa lokasi. 

Langkah juga telah diambil untuk memastikan pengalaman yang memuaskan buat tetamu Sukan Asia, termasuk melatih pemandu pelancong, memperbaiki infrastruktur dan melengkapkan tempat peranginan.

梁靓