Suruhanjaya Pilihan Raya Kemboja mengumumkan keputusan pilihan raya parlimen ke-6 malam semalam.
Parti pemerintah, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri sekarang, Samdech Hun Sen memenangi kesemua 125 kerusi parlimen.
Menurut keputusan rasmi, CPP memperoleh 4.89 juta atau 76.84% undi sah, iaitu sama seperti keputusan awal yang diumumkan 11 Ogos lalu.
CPP akan terus memimpin perjuangan Kemboja untuk mewujudkan pembangunan negara dalam lima tahun seterusnya.
Dalam ucapannya di Phnom Penh, Hun Sen mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya, sambil memaklumkan badan legislatif dan eksekutif baharu akan dibentuk masing-masing pada 5 dan 6 September.
Pilihan raya parlimen Kemboja diadakan pada 29 Julai lalu. Sebanyak 20 parti politik termasuk CPP, Parti Gabungan Demokratik dan Parti FUNCINPEC telah bertanding.