Atas undangan Syarikat Pembinaan Kereta Api China (CRCC) di Mekah, lebih 500 orang bakal haji dari China yang sedang menunaikan fardu di Mekah telah menaiki transit aliran ringan (LRT) yang dibina oleh CRCC di Mekah pada 13 Ogos lalu.
Walaupun suhu di Mekah mencatat 45°C, para bakal haji amat teruja dan gembira dapat menaiki LRT yang dibina oleh China di Arab Saudi itu.
Laluan LRT dari Mekah ke Madinah yang sepanjang 18.25 kilometer itu merupakan LRT pertama di Arab Saudi bahkan Asia Barat. LRT itu mula beroperasi pada November 2010 dan berkhidmat untuk berjuta-juta bakal haji untuk menunaikan fardu setiap tahun.