Sukan Asia Ke-18 Dirasmikan Hari ini

2018-08-18 15:37:29  CRI
Share with:

Sukan Asia ke-18 akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia kali ini, Erick Thohir menyatakan Sukan Asia bukan sekadar temasya sukan, tetapi juga akan membawa keamanan kepada Asia.

Beliau berkata, walaupun masa persiapan bagi temasya sukan ini hanya 2 tahun 3 bulan, namun rakyat pelbagai kaum Indonesia bersatu padu dan menyelesaikan semua kerja persiapan dalam masa yang pendek itu.

Beliau berpendapat, manfaat Sukan Asia kepada ekonomi Indonesia telah dapat dilihat. Ia bukanlah hanya dalam jangka pendek, tetapi akan membawa pengaruh positif terhadap ekonomi Indonesia dalam jangka sederhana dan panjang, terutamanya dalam bidang pelancongan.

Beliau menambah, infrastuktur yang dibina untuk Sukan Asia termasuk venue, jalan, lapangan terbang, monorel dan sebagainnya akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Katanya, seramai 17,244 atlet, pegawai dan jurulatih, serta 11,000 anggota media akan turut meramaikan temasya di Indonesia. Sukan Asia bukanlah sekadar temasya sukan, tetapi juga akan membawa keamanan kepada Asia.

胡星