Gempa Bumi Berlaku Lagi Sekitar Lombok

2018-08-20 16:04:39  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku lagi di kawasan perairan sekitar Pulau Lombok Provinsi Nusa Tenggara Barat Indonesia malam semalam.

Setakat ini belum ada laporan mengenai korban dan kecederaan atau kerugian harta. Pihak berkenaan pula tidak mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kali ini.

Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia semalam menyatakan melalui media sosial bahawa gegaran berkenaan dapat dirasai di beberapa kawasan sekitar Pulau Lombok, termasuk Pulau Bali. Ini mengakibatkan ramai pelancong melarikan diri dari bangunan.  
 

张弘