Duterte Seru Rakyat Filipina Bersatu-padu

2018-08-22 16:02:17  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengucapkan tahniah kepada umat Islam negara itu dan menyeru rakyat yang menganut agama yang berbeza agar bersatu-padu.

Demikian dinyatakan Duterte sempena Hari Raya Aidiladha semalam.

Kata beliau, aktiviti sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini sepatutnya dijadikan satu peluang untuk menyatukan semua rakyat Filipina untuk membina masyarakat majmuk yang saling menghormati dan damai. 

Filipina merupakan sebuah negara Katolik dengan kira-kira 85% rakyatnya menganut agama Katolik. Selain itu, sebahagian rakyat Filipina menganut agama Tao, Budhha, dan Hindu. 

 

张薇