China dan Thai Sedia Perkasakan Hubungan Kerjasama

2018-08-25 14:42:06  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam ditemui Ahli Dewan Negara China, Wang Yong yang akan mempengerusikan sidang ke-6 Persidangan Bersama Ekonomi dan Perdagangan China-Thailand semasa lawatannya di negara itu. Wang Yong menyampaikan salam daripada Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang kepada Prayuth.
Wang berkata, hubungan antara China dengan Thai berkembang baik dengan dorongan pemimpin kedua-dua negara. Kerjasama dalam pelbagai bidang amat berhasil. China bersedia bersama-sama Thai melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.
Prayuth pula berkata, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan persahabatan dengan China. Thailand menyokong dan bersedia menyertai pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), memperkasakan kerjasama antara ASEAN dengan China serta mewujudkan kemakmuran ekonomi di kedua-dua negara dan rantau ini. Beliau turut mengalu-alukan penyertaan syarikat China dalam pembinaan Koridor Ekonomi Timur di negaranya.

徐国玮