Aktiviti 'Hari China-ASEAN' anjuran bersama Pusat China-ASEAN dan Persatuan Rakyat Beijing untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing diadakan semalam. Aktiviti kali ini bertujuan untuk memperingati ulang tahun ke-51 ASEAN dan ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN.
Kira-kira 150 orang termasuk diplomat, pegawai kerajaan, wakil pelbagai lapisan masyarakat dan wartawan dari kedua-dua pihak menyertai aktiviti kali ini.
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Chen Dehai berkata, pertukaran kemanusiaan merupakan salah sebuah tonggak yang penting bagi hubungan antara China dengan ASEAN. China dan ASEAN memperkasakan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, pelancongan, sukan, belia dan media massa akan meletakkan asas yang kukuh bagi perkembangan hubungan jangka masa panjang.
Duta besar Myanmar ke China, U Thit Lin Ohwn pula berkata, aktiviti kali ini menjadi platform bagi pertukaran kebudayaan dan berkongsi sumber antara ASEAN dengan China.