ASEAN Sasar Komuniti Ekonomi menjelang 2025

2018-08-30 14:18:36  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_dong

Negara-negara ASEAN digesa terus mengintensifkan kerjasama dan integrasi ekonomi di rantau ini.

Demikian saranan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menghadiri upacara perasmian Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN ke-50 serta siri mesyuarat berkenaan di Singapura semalam.

图片默认标题_fororder_dong2

Lee Hsien Loong berkata, selaku entiti ekonomi yang penuh dinamik, kadar pertumbuhan ekonomi ASEAN dijangka akan kekal pada kira-kira 5.4% pada beberapa tahun akan datang, hingga muncul sebagai entiti ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Namun dalam proses tersebut, anggota ASEAN juga akan menghadapi beberapa halangan kepada pertumbuhan ekonomi, termasuk unilateralisme dan amalan perlindungan.

Dalam konteks ini, negara-negara terlibat hendaklah bersatu padu untuk mempercepat integrasi ekonomi serantau, demi mewujudkan Komuniti Ekonomi menjelang 2025.

周乔西