Indonesia Galak Penggunaan Produk Domestik Bina Infrastruktur

2018-08-31 15:05:17  CRI
Share with:

Kerajaan Indonesia akan menggalakkan penggunaan produk domestik dalam pembinaan infrastruktur khususnya landasan kereta api, dengan menyasarkan kadar penggunaan 50% ke atas.

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi menyatakan perdagangan antarabangsa turut merasa kesan ekoran ekonomi global yang mengalami naik turun semakin ketara.

Penggunaan produk domestik membawa kesan positif bagi ekonomi negara, bukan sahaja mampu menjimatkan rizab pertukaran asing, malah menambah peluang kerja.

Kata beliau, kadar penggunaan produk domestik dalam industri pembinaan landasan kereta api hanya 40% pada masa ini. Langkah akan diambil untuk membolehkan kadar itu naik melebihi 50% dengan secepat mungkin.

胡星