Kemajuan Baharu Rundingan RCEP

2018-09-02 14:36:27  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-50 dan mesyuarat mesyuarat berkaitan telah berakhir di Singapura semalam. Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing dalam sidang media selepas mesyuarat itu berakhir mengumumkan bahawa rundingan mengenai dua bahagian lagi dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah diselesaikan.

Pengumuman yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura pada hari yang sama menunjukkan bahawa dua bahagian tersebut masing-masing melibatkan prosedur kastam dan pemudahan perdagangan serta pembelian kerajaan. Setakat ini rundingan mengenai 4 dari kesemua 18 bahagian RCEP telah diselesaikan, termasuk rundingan tentang dua bahagian yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kerjasama ekonomi serta teknologi yang berakhir sebelum ini.

Menurut Chan, pelbagai negara akan berusaha agar hasil kondusif dicapai menjelang penghujung tahun ini.

Rundingan RCEP yang bermula secara rasmi pada November tahun 2012, melibatkan 10 negara ASEAN dan enam negara rakan dialog termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India. 

曹捷