Indonesia akan Bida Sukan Olimpik 2032

2018-09-02 14:34:34  CRI
Share with:

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam mengumumkan di Jakarta bahawa negara itu akan segera mendaftar untuk membida Sukan Olimpik 2032.
Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach dan Majlis Olimpik Asia.

Menurut Joko, dengan pengalaman berjaya menganjurkan Sukan Asia ke-18, beliau yakin bahawa Indonesia mampu menganjurkan temasya yang berskala lebih besar.
Thomas Bach yang datang untuk menghadiri uapcara penutupan Sukan Asia mengalu-alukan rancangan Indonesia dan memuji Sukan Asia kali ini sebagai yang 'amat mengesankan'. Beliau mengucapkan tahniah kepada Joko Widodo atas 'kejayaan besar' yang tercapai dalam pelaksanaan Sukan Olimpik ke-18.

张弘