Sukan Asia ke-18 Labuh Tirai

2018-09-03 10:48:18  CRI
Share with:

Sukan Asia ke-18 melabuhkan tirainya di Jakarta, Indonesia malam semalam.

Kontinjen China menduduki tangga teratas kutipan pingat dengan 132 emas, 92 perak dan 65 gangsa. Jepun, Korea Selatan dan Indonesia masing-masing menduduki kedua hingga keempat. Malaysia menduduki tangga ke-14 dengan 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa.

Dengan tema "rai" dan "hargai", majlis penutupan malam semalam memperlihatkan kegembiraan rakyat Indonesia atas temasya itu, serta semangat kesukanan yang ditunjukkan para atlet.

Dalam pada itu, bandar Hangzhou, China selaku tuan rumah Sukan Asia 2022 turut menunjukkan persembahan "8 minit Hangzhou".

Sukan Asia ke-18 diadakan di Jakarta dan Palembang pada 18 Ogos hingga 2 September. Lebih 10 ribu atlet dari 45 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian. 

覃淼