31 orang maut dan 300 ribu orang lagi terjejas akibat bencana banjir yang melanda Myanmar sejak Julai lalu.
Maklum badan pengurusan bencana Myanmar, lebih 10 wilayah terjejas dan hampir 340 ribu orang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka. Banjir paling teruk dilaporkan di Bago.
Hujan lebat pada musim monsun mengakibatkan banjir di Myanmar setiap tahun. Pada tahun 2015, lebih 100 orang maut akibat banjir di negara itu.