Dialog Iklim PBB di Bangkok

2018-09-04 13:55:28  CRI
Share with:

Dialog Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 4 hingga 9 September ini.

Setiausaha Eksekutif Persidangan Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Patricia Espinosa dalam satu sidang akhbar menyatakan bahawa dialog itu adalah persiapan bagi Persidangan Iklim ke-24 yang dijadualkan di Katowice, Poland, Disember nanti.

Dialog tersebut juga peluang terakhir bagi negara-negara terlibat berunding sebelum Perjanjian Paris diratifikasikan pada hujung tahun ini.

Espinosa berkata, masih wujud perselisihan pendapat mengenai pengurangan pelepasan gas rumah hijau. 

Beliau menggesa semua negara terbabit memperhebat usaha untuk menangani perubahan iklim.

胡星