Mesyuarat Menteri Ekonomi, Perdagangan Asia Timur Berakhir

2018-09-04 14:05:47  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan Kerjasama Asia Timur berakhir di Singapura pada 1 September lalu. 

Beberapa dokumen kerjasama melibatkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan telah diluluskan.

Menteri Perdagangan dan Industri Singapura (MIT), Chan Chun Sing dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata, rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah memasuki fasa paling mencabar.

ASEAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan dialognya untuk mewujudkan liberalisasi perdagangan dan integrasi ekonomi.

Beliau turut mengulas bahawa ketegangan hubungan perdagangan antara entiti ekonomi utama di dunia makin meningkat kebelakangan ini, di samping itu, sesetengah negara mengamalkan dasar pandang dalam. Anggota ASEAN harus bersatu padu untuk menyokong sistem perdagangan multilateral yang adil dan terbuka.

Menurut kenyataan bersama yang diumumkan oleh mesyuarat tersebut, proses pembinaan komuniti ekonomi ASEAN akan terus digalakkan, untuk meningkatkan keupayaan sendiri ketika menghadapi cabaran dari luar.

Ditanya mengenai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), Chan Chun Sing berkata, kesalinghubungan yang menjadi tumpuan B&R, mampu menggalakkan kesalinglengkapan ekonomi, hingga mewujudkan keuntungan bersama.

梁靓