Sukan Asia Bawa Peluang Baharu kepada Indonesia

2018-09-05 14:18:59  CRI
Share with:

Lebih kurang 700 ribu pelancong asing melawat Indonesia pada tempoh Sukan Asia ke-18 baru-baru ini.

Menurut unjuran pihak berkuasa, kedatangan mereka menjana 3 trilion rupiah (RM830 juta) dalam pendapatan pertukaran asing. Perbelanjaan untuk membina infrastruktur sukan dijangka menyumbang sebanyak USD1.27 bilion (RM52.6 bilion) kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Media tempatan berpendapat bahawa penganjuran temasya itu bukan sahaja membawa kemasukan modal dan pelancong asing, ia turut membawa peluang baharu kepada pembangunan Indonesia.

Menteri Perancangan Pembangunan Negara Indonesia, Bambang Brodjonegoro berkata, Sukan Asia akan menarik kemasukan wang berjumlah USD1.6 bilion (RM6.6 bilion), di samping mencipta peluang kerja dalam sektor perhotelan, pengangkutan, katering, dan industri-industri yang berkaitan.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2018 meramalkan sumbangan tambahan sebanyak USD3 bilion (RM12.4 bilion) dalam tempoh antara 2015 hingga 2019, hampir separuh daripadanya disalurkan kepada pembangunan infrastruktur.

Bagi memenuhi keperluan pelancong sempena Sukan Asia, Kementerian Pelancongan telah memperkenalkan 7 laluan dan 75 pakej pelancongan melibatkan destinasi-destinasi hangat, termasuk bandar tuan rumah Sukan Asia, Jakarta dan Palembang.

Menteri Pelancongan, Arief Yahya percaya langkah itu akan membantu Indonesia mencapai sasaran 17 juta pelancong asing pada tahun ini.

梁靓