Import, Eksport Guangxi-ASEAN Berkembang Pesat

2018-09-06 15:44:43  CRI
Share with:

Dalam tempoh antara Januari hingga Julai tahun ini, jumlah import dan eksport antara Guangxi, China dengan negara-negara ASEAN mencecah RMB113.82 bilion (RM69 bilion). Angka itu meningkat 12.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Antaranya, perdagangan dengan Thailand mencatat RMB4.68 bilion (RM2.83 bilion), bertambah sebanyak 71.4%.

Dalam tempoh tersebut, 86.6% perdagangan Guangxi-ASEAN ialah kegiatan import dan eksport dengan Vietnam.

Bandar-bandar di sempadan China dan Vietnam adalah penyumbang paling besar dalam perdagangan Guangxi dengan ASEAN. Chongzuo (termasuk bandar Pingxiang) merekodkan RMB69.3 bilion (RM42 bilion), naik 9.9%, sementara bandar Baise menyaksikan pertumbuhan 1.1 kali ganda kepada RMB12.16 bilion (RM7.37 bilion)

Antara komoditi utama yang diperdagangkan antara Guangxi dengan ASEAN, produk pertanian serta mekanik dan elektrik telah menyaksikan pertumbuhan sekali ganda. 

Import produk pertanian dari ASEAN berjumlah RMB5.8 bilion (RM3.3 bilion), meningkat 58.1%, sementara produk mekanik dan elektrik, RMB5.06 bilion yuan (RM3 bilion), naik 49.8%.

Data Kastam Nanning menunjukkan sejak awal tahun ini, pertumbuhan ekonomi China bertambah baik, pengeluaran sektor pembuatan terus meningkat, sekali gus menjana permintaan terhadap produk import dari ASEAN.

Pada masa yang sama, ekonomi negara-negara ASEAN yang berkembang sihat turut menggalakkan eksport Guangxi ke pasaran mereka.      

梁靓