Kadar pertukaran rupiah Indonesia (Rp) berbanding dolar Amerika (USD) jatuh ke paras paling rendah sejak 1998, iaitu 14,927 rupiah bagi setiap dolar.
Pegawai Bank Pusat Indonesia menyatakan, pihaknya akan mengambil tindakan untuk menghalang nilai rupiah daripada menurun lagi.
Menteri Penyelarasan Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution menyatakan, penyusutan nilai rupiah tidak mencerminkan keadaan sebenar ekonomi negara itu.
Penganalisis berpendapat, ekonomi Indonesia tetap rancak, dan kejatuhan nilai rupiah tidak akan membawa impak sistematik kepada ekonomi negara.