Surat sampingan tersebut ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Penyelarasan Infrastruktur yang juga Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.
Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean.
Menerusi persetujuan yang dicapai, Malaysia akan membayar kepada Singapura sebanyak SGD$15 juta (RM45.1 juta) bagi menanggung kos penangguhan sementara tersebut.
Menurut Mohamed Azmin, Malaysia akan membayar kos penangguhan itu sebelum Januari tahun hadapan.