Penyelamat Gua Tham Luang Dianugerah Pingat Diraja

2018-09-07 11:51:04  CRI
Share with:

Satu majlis penghargaan diadakan malam semalam bagi menyampaikan pingat kehormat kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat pasukan bola sepak remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, Chiang Mai pada Jun lalu.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mempengerusikan majlis yang dihadiri seramai 7,000 tetamu itu.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Suwaphan Tanyuvardhana berkata, raja Thailand, Maha Vajiralongkorn menghargai sumbangan besar para penyelamat.

Seramai 114 warga asing dan 74 warga Thailand dianugerahkan pingat kehormat diraja dalam majlis semalam.

Pada 23 Jun, pasukan bola sepak remaja seramai 13 orang termasuk seorang jurulatih terputus hubungan ketika meninjau di gua Tham Luang.

Misi mencari dan menyelamat dilancarkan, melibatkan pasukan dari dalam dan luar negara.

Mereka yang terperangkap ditemui selepas 10 hari, dan berjaya dibawa keluar beberapa hari kemudian.

覃淼