Indonesia Guna Platform Kerjasama Tingkat Ekonomi Penduduk

2018-09-09 14:46:56  CRI
Share with:

Indonesia akan menggunakan pelbagai platform kerjasama dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk negara itu terutama di wilayah perbatasan antara Malaysia dan Indonesia.

Antara platform itu ialah Jawatankuasa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo), Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) dan Border Trade Agreement.

Demikian kata Ketua Perwakilan Indonesia di Tawau, Malaysia, Sulistijo Djati Ismojo. 

Beliau berkata, konsulat Indonesia di Tawau aktif menyokong saranan itu dengan mengadakan program Wonderful Indonesia di Tawau.

Melalui program itu, pihak konsulat membantu membawa 28 perusahaan kecil dan sederhana dari Tarakan serta Nunukan, Indonesia di Tawau untuk dipamerkan dan promosi seperti produk makanan serta kraftangan Indonesia.

Dalam pada itu Djati berkata Malaysia adalah rakan untuk semua bidang termasuk perniagaan pada tahun lepas dengan nilai perdagangan US$17.2 juta.

梁靓