Sebuah lombong di wilayah Benguet, utara Filipina runtuh petang semalam akibat taufan "Mangkhut", mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 pekerja maut. 13 lagi dilaporkan masih hilang.
Komander Kawasan Ketenteraan Luzon Utara, Emmanuel Salamat semalam memaklumkan, angka korban di tempat-tempat lain di Filipina meningkat kepada 29. Kebanyakan yang meninggal dunia adalah akibat tanah runtuh dan banjir.
Menurut Jawatankuasa Pencegahan Bencana Filipina, taufan tersebut telah menyebabkan 81 insiden tanah runtuh di bahagian utara, mengganggu laluan di beberapa jalan utama.
Lebih 5 juta penduduk terjejas, antaranya 130 ribu terpaksa berpindah.
"Mangkhut" telah meninggalkan Filipina kelmarin, dan kesemua amaran angin ribut telah dibatalkan.