Angka Korban Taufan di Filipina 66

2018-09-18 12:00:31  CRI
Share with:

Angka korban taufan "Mangkhut" yang membadai Filipina sejak Sabtu lalu meningkat kepada 66, sementara jumlah yang dilaporkan hilang, 52.

Maklum polis Filipina, 54 kematian dilaporkan di kawasan pergunungan Luzon, utara Filipina, sementara yang lain adalah di kawasan Ilocos, Cagayan dan bandar Manila.

Setakat semalam, hampir 200 ribu penduduk ditempatkan di 1,900 pusat perlindungan sementara di seluruh Filipina. Pada masa ini, tujuh wilayah dan bandar di utara negara itu berada dalam keadaan bencana.

Kementerian Pertanian Filipina menjangkakan kerugian mencecah PHP14 bilion (RM1.07 bilion) dalam sektor pertanian, yang paling buruk sejak taufan Haiyan lima tahun lalu.

Jabatan sumber tenaga Filipina turut memaklumkan bekalan elektrik terputus di beberapa wilayah yang terjejas. Pemulihannya dijangka memerlukan masa sebulan. 

曹捷