Kempen Pilihan Raya Indonesia Bermula

2018-09-24 15:08:30  CRI
Share with:

Kempen pilihan raya umum Indonesia bermula semalam, dengan acara penandatangan dan pendeklamasian ikrar damai oleh para calon di Dataran Monas, Jakarta. 

Para calon berpakaian tradisional, berjanji akan mengadakan pilihan raya yang selamat, teratur, damai dan cemerlang, tanpa sebarang tipu muslihat, rasuah ataupun menggunakan isu kaum dan agama.

Kempen akan berlangsung hingga 13 April tahun depan, diikuti pengundian tiga hari kemudian. Presiden, Timbalan Presiden dan ahli parlimen akan dipilih.

Dua pasangan kempen iaitu Joko Widodo - Maruf Amin, dan Prabowo Subianto - Sandiaga Uno akan bertanding untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

 

徐国玮