Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berharap Persatuan Islam China dapat memperkasakan pertukaran budaya antara umat Islam China dan Malaysia.
Beliau yang membuat kunjungan terhadap persatuan itu baru-baru ini berkata, adalah penting bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Naib Presiden Persatuan Islam China, Jin Rubin berkata, pihaknya akan mengadakan pelbagai aktiviti pertukaran seperti lawatan, forum dan pameran untuk memperkasakan hubungan persahabatan umat Islam kedua-dua negara.