EU Beri Bantuan EUR1.5 Juta kepada Indonesia

2018-10-01 14:25:34  CRI
Share with:

Kesatuan Eropah (EU) semalam mengumumkan bantuan berjumlah EUR1.5 juta (RM7.2 juta) kepada kawasan bencana gempa bumi dan tsunami di wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia.

Pada hari yang sama, Majlis Eropah dalam pengumumannya berkata, bantuan berupa wang tunai ini akan digunakan secara langsung untuk membantu mangsa di kawasan bencana.

EU akan membekalkan bahan makanan, khemah, air minum, peralatan kebersihan dan perubatan.

Setakat 30 September, gempa dahsyat yang melanda Sulawesi Tengah telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 832 orang maut, 540 lagi cedera parah dan 16.7 ribu penduduk terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

Angka kematian dijangka meningkat kepada beribu-ribu orang.

 

周乔西