Aktiviti Ekonomi, Perkhidmatan Awam Perlu Pulih Secepat Mungkin

2018-10-05 13:31:45  CRI
Share with:

Kawasan bencana gempa dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia digesa meningkatkan kecekapan mengagihkan barang bantuan, memulihkan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan awam dengan secepat mungkin.

Agensi Berita Antara Indonesia semalam memetik kenyataan jurucakap presiden, Bey Machmudin bahawa Presiden Joko Widodo telah meminta barang bantuan diagihkan dengan lebih baik kerana sejumlah penyelamat masih belum tiba di kawasan bencana.

Dimaklumkan, kumpulan pertama barang bantuan antarabangsa yang disumbangkan oleh Singapura telah diangkut ke Palu kelmarin, antaranya termasuk khemah, selimut, lampu, makanan dan alat perubatan.

高蕾