Gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Sulawesi Tengah, Indonesia telah mengakibatkan 1,649 orang maut.
Walaupun lapan hari telah berlalu setelah gempa dan tsunami berlaku, kerja menyelamat terus diadakan kerana masih ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Kerja menyelamat kelihatan dipercepat seiring dengan kedatangan mesin besar di kawasan bencana.
Sementara itu, kerja membersihkan sampah dan mencegah wabak berjangjit juga dijalankan.
Kata Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang telah dilantik oleh Presiden, Joko Widodo sebagai ketua komander dalam tindakan penyelamatan dan pembangunan semula, pemulihan dan pembangunan semula akan dimulakan setelah "keadaan darurat" selama dua bulan berakhir, dan akan diselesaikan dalam tempoh dua tahun yang akan datang.