Kemboja, Turki Perhebat Kerjasama Antikeganasan

2018-10-07 15:11:32  CRI
Share with:

Kemboja dan Turki akan memperhebat kerjasama dalam bidang antikeganasan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Kemboja, H.E. Prak Sokhonn dalam sidang media setelah ditemui rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu di Phnom Penh semalam.

Menurut Prak Sokhonn, kedua-dua negara mengambil berat terhadap kegiatan kumpulan pengganas, dan menegaskan Kemboja menentang keganasan dalam pelbagai bentuk.

Mevlut Cavusoglu berkata, kedua-dua pihak akan mengadakan mesyuarat berkala, dan mengintensifkan kerjasama ekonomi. Di samping itu, Turki juga berharap agar membuka laluan penerbangan dengan Kemboja dalam masa terdekat bagi mempertingkat pelancongan antara satu sama lain.

 

高蕾