Pekan kuno Gongtan yang terletak di tebing timur sungai Wujiang, luar bandar Chongqing mempunyai sejarah lebih 1,700 tahun. Bergantung pada sumber kebudayaan yang istimewa dan ekologi alam yang baik, pekan Gongtan berusaha meneroka sumber pelancongan kampung sejak beberapa tahun kebelangan ini. Pada Januari hingga Ogos lalu, pekan kuno itu telah menerima 1.246 juta pelancong dan memperoleh pendapatan sebanyak RMB479.456 juta (RM288.7 juta).