Lagi Gempa Gegar Indonesia

2018-10-11 13:59:15  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di perairan berdekatan Jawa Timur, Indonesia awal pagi tadi.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan tiga maut setakat ini, selain beberapa bangunan kediaman di sekitar pusat gempa musnah.

Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran berlaku pada pukul 1.44 pagi, berpusatkan perairan timur laut kaunti Situbondo pada kedalaman 10 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

张弘